Showing posts with label garden of keli. Show all posts
Showing posts with label garden of keli. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Warkah buat Adinda Fasha

Quote dari_hmetro_13 Januari 2011

"Fasha terasa hati Jejai ikut Nora ke Jepun"
________________________________________________________


Assalamualaikum wbt.


Kehadapan adinda Fasha yang diingati,

           Ku kirimkan semadah warkah, setulus ikhlas nun jauh di sudut hati kudus daku agar dirimu di sana hilangla segala duka dan lara..dan janganlah dikau bermuram durja dek kerana si Jejai terbang melayang bersama-sama bekas isterinya..tiadala siapa Nora itu, bekas isterinya jua..
          Saban hari diriku turut menangisi segala pedih onak duka yang adinda lalui..bak kata pepatah "cubit tangan kanan, tangan kiri tolong sapu krim"..akan tetapi selalula adinda ingat "biar pedih di hati jangan sampai pedih di mata"..amatla berderai air mataku pabila kulihat gambar-gambarmu di Bali, sungguh menawan, dan "sungguh indah ciptaan tuhan" sampai daku terkesima hingga berlinang air mata jernih jatuh memenuhi kolam keli ku. Kiranya adinda terlupa, akan daku ingatkan yang kolam keli ku ber"size" 8ft x 10ft..adinda calculatela kiranya berkesempatan betapa banyaknya air mataku berderai dek kerana gambar-gambarmu yang cantik itu.
         Adinda, usahla dinda terkenang lagi si Jejali itu kerana ku fikirkan handsome lagi si abg Jamil "hapacrita", si abg "keli oh keli" dan juga si "hang keli"..pilihla sahaja mereka-mereka kerana mereka juga punya banyak "money" kecualila si "hang keli" kerana beliau masih lagi belia anti-dadah..xpunya banyak "money". Malahan adinda, guwa percaya si "abg jamil" dan juga si "keli oh keli" juga terkenal. Tapi yang penting dinda, mereka ini punya hati yang baik, sukakan kanak-kanak, tinggi budi pekerti..dan mereka tidak sekali-kali persia-siakan hidup dinda..alangkah manisnya kiranya adinda la perempuan melayu terakhir di muka bumi ini..
        Akhir kata wahai adinda buah hati intan payung ulam kangkung, amatla daku tidak menghalang pilihan kekasih hatimu itu. Cumanya daku setinggi harapan segunung impian, pabila dirimu mungkin lagi melancong ke Bali dek kerana merajuk hati, biarlah daku mengetahuinya lebih awal kerana daku perlu untuk menggali tanah kerana almaklumla sudah pasti air mataku akan berderai lagi (melihat gambar-gambarmu yang menawan)..Makanya daku boleh jimatkan air JKR untuk projek kolam tanah nanti.
         Buat penghabisan dakwat pen papermate, kepada adinda fahsha janganla terasa hati lagi..dinda punya segala kelebihan perempuan-perempuan melayu yang lain..sekali adinda petik, satu pasar malam boleh serbu adinda. Taukeh keli pon sanggup gadai kolam kerana adinda. Cuma daku ingin berpesan, hidup ini hanyalah sementara...biar dihina, dicaci di dunia ini asalkan di akhirat sana disanjung mulia...

Sebagai kenang-kenangan adinda, daku perdengarkan lagu ini "lagu untuk adinda" khas untuk adinda. Adinda ada internet di rumah kan?bukakla link ini http://www.youtube.com/watch?v=d9FZlxs4Mas&feature=related kerana daku tak celik IT lagi nak uplod melalui warkah..harap adinda fahsha faham ya..Hikhik..




""Pecah kaca pecah gelas""


""Sudah baca harap balas""





                                                                                             Yang meminatimu,
                                                                                                    ~kelas 2A~

Monday, December 27, 2010

Sekapur Sepinang Kata...

Bermula 2.12.2010, berbekalkan semangat kata-kata Hang Tuah "Takkan MELAYU hilang di dunia", guwa komited bersama-sama mak guwa (Cikgu Puziah) dan abang guwa (Cikgu Shaifullah) untuk memajukan diri guwa (dulu asik korek idong makan tido tengok bola je) dalam penternakan ikan keli  nie. Camna boleh timbul kesedaran nie?? Guwa sebenarnya ada terbaca satu forum dalam tenet pasal isu ikan keli nie. Macam2 la komen, pendapat dan nasihat pasal isu ikan keli yang orang bela bagi makan guna perut bangkai ayamla, kepala “babi”la terutama penternakan oleh kaum bukan bumiputera nie. Hah bagusla orang kita sekarang da ramai yang “alert” pasal nie..bukan apa, suma yang kita makan jadi darah daging kita gak.. ..so lebih baikla makanan 2 daripada sumber2 yang bersih dan halal kan.  Guwa nie memang "feveret” mkn ikan keli. Rajin ja dulu zaman kanak2 “xmumayyiz” dulu guwa  pancing ikan keli kat bendang-bendang(sawah terbiar) kampung guwa nie, terkadang tue sampai berendam sekali dalam bendang 2 da jadi perkara biasala..bila makin besar, tanggungjawab da ada, kenala isi sama ilmu-ilmu sebagai bekalan dunia akhirat, so aktiviti mancing ikan keli da slow da…so bila da timbul isu-isu camni, guwa pon jadi was-was da kalau nk beli ikan keli kat mana-mana sumber yang guwa xpasti.
Alhamdulillah, sedikit ilham daripada Yg Maha Esa, guwa mula projek ternakan secara “cuba-cuba” dulu. Kalau nak komersial, projek mega kenala ada kolam 100, 200 ke atas kan, guwa baru ada 16 kolam, tue pon da penuh kawasan umah guwa..ehe..nama “garden of keli” pon sempena tema projek keli guwa nie di kawasan rumah yang penuh dengan pokok-pokok bunga kertas, orkid, kaktus dll  yang mak guwa tanam.. kerajaan kita pon tengah bersemangat promote kempen “bumi hijau”, so indirectly guwa adala contribute sikit untuk dorang..tapi yang penting sekali kesedaran alam sekitar tue mesti ada, kita nie just pinjam daripada generasi akan datang je, anak-anak kita,cucu-cicit sumala..tapi yang sebenarnya idea bagi nama projek family nie daripada seorang individu yg sangat rapat dengan guwa..guwa nk ucapkanla jutaan terima kasih yang tak terhinggala kepada beliau yang banyak bantu guwa..
Balik kepada projek keli nie, keli guwa bela nie keli bunga. Guwa terbaca artikel kata keli bunga nie isi sedap tapi dah xbanyak..nak cari benih keli bunga pon payah.Senang cerita keli bunga nie tengah mengalami kepupusan..Ha sebelum guwa mula nak jual keli bunga nie kat orang ramai pon guwa da try sndri, adala wat kenduri sikit-sikit untuk family terdekat..rata2 suma cakap sedap,manis,bau xhanyir..pergh bila dengar camtu rasa “kepuasan” tue menusuk jiwa kot (ngehehehe)..terasa macam tanggungjawab untuk sesama Islam nie “on the right track”(wah, tros bleh ckp omputis!!)..ikan keli bunga nie guwa bagi makan 100% pellet..yang jadi  masalah lak sekarang pellet nie memang mahal, banyak penternakn keli kat daerah guwa nie gagal sebab xmampu jaga maintenance la (makanan,bil air), guwa bernasib baik sebab kawasan “rumahku syurgaku” guwa ada banyak punca air mata air yang mengalir..so daripada terbiar camtu saja guwa negotiate la nk beli, dapat tolong dorang gak.. kedepan-depan nanti guwa ada gak target ataupon bercadangla kalu ada mana-mana individu yang sudi ajar guwa buat pellet sendiri ke, buat benih sendiri ke guwa sangatla berbesar jiwa dan raga beserta pankreas, semoga Allah membalas jasa-jasa korang..Ada seorang ustaz pesan kat guwa, jangan takut buka pintu rezeki kat org lain kerana Allah itu Maha Kaya, akan dibukakan pulak pintu rezeki lain untuk kita..

Akhir kata, secara konklusinya, guwa da mula projek keli sebanyak 16 kolam kanvas, pellet 100% dan jangka awal untuk dipasarkan pada hujung bulan Januari 2011 sebagai projek permulaan..Bersama-sama kita majukan ekonomi diri, agama, bangsa dan Negara…oh lupa plak.. ptotnya guwa ucap ni kt awl2 td-->salam perkenalan..^_^