Thursday, January 13, 2011

Warkah buat Adinda Fasha

Quote dari_hmetro_13 Januari 2011

"Fasha terasa hati Jejai ikut Nora ke Jepun"
________________________________________________________


Assalamualaikum wbt.


Kehadapan adinda Fasha yang diingati,

           Ku kirimkan semadah warkah, setulus ikhlas nun jauh di sudut hati kudus daku agar dirimu di sana hilangla segala duka dan lara..dan janganlah dikau bermuram durja dek kerana si Jejai terbang melayang bersama-sama bekas isterinya..tiadala siapa Nora itu, bekas isterinya jua..
          Saban hari diriku turut menangisi segala pedih onak duka yang adinda lalui..bak kata pepatah "cubit tangan kanan, tangan kiri tolong sapu krim"..akan tetapi selalula adinda ingat "biar pedih di hati jangan sampai pedih di mata"..amatla berderai air mataku pabila kulihat gambar-gambarmu di Bali, sungguh menawan, dan "sungguh indah ciptaan tuhan" sampai daku terkesima hingga berlinang air mata jernih jatuh memenuhi kolam keli ku. Kiranya adinda terlupa, akan daku ingatkan yang kolam keli ku ber"size" 8ft x 10ft..adinda calculatela kiranya berkesempatan betapa banyaknya air mataku berderai dek kerana gambar-gambarmu yang cantik itu.
         Adinda, usahla dinda terkenang lagi si Jejali itu kerana ku fikirkan handsome lagi si abg Jamil "hapacrita", si abg "keli oh keli" dan juga si "hang keli"..pilihla sahaja mereka-mereka kerana mereka juga punya banyak "money" kecualila si "hang keli" kerana beliau masih lagi belia anti-dadah..xpunya banyak "money". Malahan adinda, guwa percaya si "abg jamil" dan juga si "keli oh keli" juga terkenal. Tapi yang penting dinda, mereka ini punya hati yang baik, sukakan kanak-kanak, tinggi budi pekerti..dan mereka tidak sekali-kali persia-siakan hidup dinda..alangkah manisnya kiranya adinda la perempuan melayu terakhir di muka bumi ini..
        Akhir kata wahai adinda buah hati intan payung ulam kangkung, amatla daku tidak menghalang pilihan kekasih hatimu itu. Cumanya daku setinggi harapan segunung impian, pabila dirimu mungkin lagi melancong ke Bali dek kerana merajuk hati, biarlah daku mengetahuinya lebih awal kerana daku perlu untuk menggali tanah kerana almaklumla sudah pasti air mataku akan berderai lagi (melihat gambar-gambarmu yang menawan)..Makanya daku boleh jimatkan air JKR untuk projek kolam tanah nanti.
         Buat penghabisan dakwat pen papermate, kepada adinda fahsha janganla terasa hati lagi..dinda punya segala kelebihan perempuan-perempuan melayu yang lain..sekali adinda petik, satu pasar malam boleh serbu adinda. Taukeh keli pon sanggup gadai kolam kerana adinda. Cuma daku ingin berpesan, hidup ini hanyalah sementara...biar dihina, dicaci di dunia ini asalkan di akhirat sana disanjung mulia...

Sebagai kenang-kenangan adinda, daku perdengarkan lagu ini "lagu untuk adinda" khas untuk adinda. Adinda ada internet di rumah kan?bukakla link ini http://www.youtube.com/watch?v=d9FZlxs4Mas&feature=related kerana daku tak celik IT lagi nak uplod melalui warkah..harap adinda fahsha faham ya..Hikhik..




""Pecah kaca pecah gelas""


""Sudah baca harap balas""





                                                                                             Yang meminatimu,
                                                                                                    ~kelas 2A~

4 comments:

Anonymous said...

vongokssss...
ahhaa...apsal xgi letak link kat fb fasha..kompem pas ni pemes omous..aahahha

-mekjah-

KELI OH KELI said...

hahaha...kreatif!two thumbs up!

fasha oh fasha...geng2 keli sayang kat ceq aihh..jgn dok wat perangai pelik2 nooo...bakat dan anugerah yg diberi tuhan jgn dipersiakan...jgn sampai abg Hang Keli utus surat cinta yang kedua..hehehe...

alkisah69 said...

bro..saya promo kan artikel bro kt blog saya..kalau ada bantahan gtaw saya..saya akn remove..best entry tuan!! :)

Hang Keli said...

keli oh keli-

Haha..klu warkah kedua keluar mau guwa kena terjah dgn melodi..ahaks! =p

alkisah69-

silala yg arif..tiada bantahan..amatla bersuka cita jikalau dipromot juga blog guwa yg masih bertahap umor keli size 2-3inch..ehe