Monday, April 25, 2011

Keli Muda Vs Keli Tua

Suatu hari, dengan penuh perasaan amarah yg tak terhingga, keli muda telah pergi berjumpa dgn keli tua di kolam tanah terbiar di hujung Kg Selamat..mengadap face to face..memang berani keli muda, sedangkan keli tua sememangnya sudah diketahui ramai dikalangan ahli Persatuan Keli Kebangsaan umur dah 6 bulan lebih, memang gagah, badan tegap ber"muscle", bermisai tebal dan yang paling dikenali mempunyai 2 batang tanduk yg cukup tajam dan keras..manakala si keli muda pula yang baru umur sebulan dua, sudahla gemuk perut pon berlemak ja, badan pon ketot...tanduk pulak,alahai..keras lagi tulang belakang beliau...

Tetapi kenapa keli muda boleh marah sedemikian rupa? daripada seekor keli yg sopan santun, hormatkan org tua dan sukakan kanak-kanak, keli muda sudah bertukar menjadi seekor keli yg bengis? Maka yg sebenarnya, keli muda nie sudah berkenan dengan anak dara keli tua si Milah Ronggeng. Tapi cinta mereka dihalang kerana keli tua berasakan keli muda tak layak menjadi menantunya..lagipon keli tua sudah punya calon menantu sendiri iaitu keli Afrika..sudahla berbadan tegap, besar dan panjang...jauh berbeza berbanding keli muda walaupun usianya sama..kerana itulah keli muda telah mengamuk laksana harimau ditembak peluru kapur dipunggung.

Maka terjadila perbalahan diantara mereka berdua

keli muda: "burung gagak burung kakaktua,
                 memang berlagak ya kau keli tua??"

keli tua: cis! "kalau kail panjang sejengkal,
                    pergi blah la naik basikal"

keli muda: Ooo...main kasar ya..tak apa..
                 "2,3 kucing berlari,4,5 tikus tertonggeng,
                  xkira aku nak jugak si Milah ronggeng"

keli tua: ait?? pantun 3 kerat pon ada? Ok..camnila keli muda
               "adat bercinta banyak cabaran,
                tabahkan hati bersabar saja,
                malas nak cakap malas nak baran,
                lagi baik kau orang beradu saja"
             
Maka, keli muda dan keli Afrika pon telah bersetuju berlawan bersaksikan oleh keli tua, juri-juri profesional seperti Saiful Apek, Ahmad Idham dan Mamat Khalid, penduduk-penduduk keli sekampung, serta  "Milah Ronggeng" anak keli tua yang paling cantik di kalangan sepat-sepat seantero dunia..Syarat pertandingan cukup mudah, siapa yang berjaya menjualkan diri di pasar malam paling cepat dalam kiraan masa, dialah pemenangnya...Keli muda tanpa membuang masa terus menyapu minyak zaitun di misai dan badannya agar lebih kelihatan licin berkilat-kilat..Manakala si keli Afrika sudah sejam senaman "sit up", terjun kolam naik kolam agar muscle di badannya lebih menonjol..

Bermulanya pasar malam pada pukul 5 petang bermakna bemulala pertandingan merebut si Milah Ronggeng. Tanpa disangka-sangka pertandingan baru saja bermula satu minit, tiba-tiba, Abang..oo abang.. Ya Milah Ronggeng sayang..abang cintakan Milah..Eh apa abang nie, buang tebiat ka apa..saya nak beli keli sekilo nie..dari tadi lagi saya tunggu nie..nah amik 5ringgit nie..Haa! MasyaAllah..macam mana guwa boleh tertido nie..nie mesti kes xcukup tido tengok game bola Real Madrid lawan Barcelona...tggu sat ya dik, eh eh..mana keli guwa nie?? la...guwa bawak tong kosong ja dari tadi...haha

3 comments:

KELI OH KELI said...

haha...sangat kreatif! terbaikkkkkkkkkk!!!!like! like!like!

Hang Keli said...

keli oh keli-

Hehe..thanks bro

Hang Keli said...
This comment has been removed by the author.