Thursday, December 30, 2010

Cahaya Addeen VS Garden of Keli Part I

Ada pernah tengok sinetron Cahaya...? Ala..drama indon Astro Prima 2 da masuk episod ke 200 kot hari nie..Kali nie guwa nak bercerita pasal apa drama indon nie tiba2 tersangkut kat blog guwa.."Ririn Dwi Ariyanti" jgn marrah yer..ehe..Ririn 2 blakon jd watak Talita lam cerita 2. Comey orgnye..yg blakon watak Cahaya 2 guwa kureng sket..asyik kena buli,nanges je..huhu.(T____T). bg yg blur lg xdpt nak tangkap2 pe guwa merepek, kt bwh nie ada gamba mukaddimah sinetron cahaya..lynnnn!!!

yg kat belakang 2 la Ririn Dwi Ariyantii..comeii??ehe..^_~
(retrieved from helloskyblu.blogspot.com)
Mak guwa punya minat crita nie sampaikan cucu2 nak tgok katun cenel Astro 611 pon konfem xbleh punya. Asalkan pukul 3pm je, mak guwa da siap angkut bantal dlm bilik buat tmpt santai depan tv..cucu2 nk tgok katun jgn harapla..tp mak guwa xdela kejam btul g halau plak budak2 2..ksian plus syg gak kat dorang..cucu2 ksygn kan..so adala taktik2 hak cipta mak guwa sendiri..yg guwa perasanla..mak guwa akan............................*some text missing*

++sambungannya di Cahaya Addeen VS Garden of Keli Part II++

Tuesday, December 28, 2010

K.E.L.I: One happy family...^_^

"Keli bukan sekadar untuk dibuat lauk" merupakan slogan kpda projek keli guwa dan family. Kalau bukan lauk apa lagi?? Ha..mudah ja guwa nk jawab sbb bagi guwa keli bukan saja untuk dibuat lauk especially keli masak cili padi (feveret guwa 2), tapi boleh gak dijadikan hobi masa lapang. Bila tengok ikan keli tergodek2 berenang,melompat main air boleh hilangkan stress. Guwa da penah try da, amik kerusi pastu duduk mengadap kolam ikan je,rasa tenang je...ehe..tapi sekarang plak org nampak ikan keli nie boleh dibuat duit,bisnes ja tapi yg guwa nampak lain..keli nie bukan sekadar dibuat lauk,hobi,duit tapi boleh "mengeratkan silaturrahim sesama ahli family!". Family First. Seringkasnya keli nie=>lauk=>hobi=>duit=>family. So, gua selitkan sikit gambar2 kenangan untuk dikongsi bersama  ^_^

Kolam kanvas yg telah siap dipasang

Lagi kolam kanvas "garden of keli"




Mak guwa(cikgu puziah) tgh bersemangat cuci pump..
"...cuci pump nie bleh sehatkan badan pe"(puziah,2010)..ehe

Nie lak "danis" anak buah guwa gak merangkap
anak abg guwa(cikgu shaifullah),plg bersemangat
bab2 ikan nie..xbagi sauk mengamuk dia..haha
1 family bekerja, dari yg tua sampla ke kecik..yg kecik anak kak
guwa(nurzatul effah) si "muammar" je yg berani pegang, yg
danis tgok je..smngt je lbh..ehe
Org melayu kata "melentur buluh biarlah dari rebungnya"
so nie la hasilnya,lagak ngeri si muammar menangkap keli
Awal2 pagi lg guwa da siap ber"siang" keli. Si muammar sbg
supervisor smbil mkn cekelat. Org laki pon pandai siang ikan pe..ehe
We are "One happy family" ^_^












Kelebihan ikan keli diberi makan pellet

"Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik.

Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan.

Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan.

Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung."

                        (retrived from http://www.moa.gov.my/web/guest/ikan_keli_salai)


: : : sekadar berkongsi info..drpd laman web rasmi kementerian pertanian dan asas tani Malaysia : : :

Monday, December 27, 2010

Sekapur Sepinang Kata...

Bermula 2.12.2010, berbekalkan semangat kata-kata Hang Tuah "Takkan MELAYU hilang di dunia", guwa komited bersama-sama mak guwa (Cikgu Puziah) dan abang guwa (Cikgu Shaifullah) untuk memajukan diri guwa (dulu asik korek idong makan tido tengok bola je) dalam penternakan ikan keli  nie. Camna boleh timbul kesedaran nie?? Guwa sebenarnya ada terbaca satu forum dalam tenet pasal isu ikan keli nie. Macam2 la komen, pendapat dan nasihat pasal isu ikan keli yang orang bela bagi makan guna perut bangkai ayamla, kepala “babi”la terutama penternakan oleh kaum bukan bumiputera nie. Hah bagusla orang kita sekarang da ramai yang “alert” pasal nie..bukan apa, suma yang kita makan jadi darah daging kita gak.. ..so lebih baikla makanan 2 daripada sumber2 yang bersih dan halal kan.  Guwa nie memang "feveret” mkn ikan keli. Rajin ja dulu zaman kanak2 “xmumayyiz” dulu guwa  pancing ikan keli kat bendang-bendang(sawah terbiar) kampung guwa nie, terkadang tue sampai berendam sekali dalam bendang 2 da jadi perkara biasala..bila makin besar, tanggungjawab da ada, kenala isi sama ilmu-ilmu sebagai bekalan dunia akhirat, so aktiviti mancing ikan keli da slow da…so bila da timbul isu-isu camni, guwa pon jadi was-was da kalau nk beli ikan keli kat mana-mana sumber yang guwa xpasti.
Alhamdulillah, sedikit ilham daripada Yg Maha Esa, guwa mula projek ternakan secara “cuba-cuba” dulu. Kalau nak komersial, projek mega kenala ada kolam 100, 200 ke atas kan, guwa baru ada 16 kolam, tue pon da penuh kawasan umah guwa..ehe..nama “garden of keli” pon sempena tema projek keli guwa nie di kawasan rumah yang penuh dengan pokok-pokok bunga kertas, orkid, kaktus dll  yang mak guwa tanam.. kerajaan kita pon tengah bersemangat promote kempen “bumi hijau”, so indirectly guwa adala contribute sikit untuk dorang..tapi yang penting sekali kesedaran alam sekitar tue mesti ada, kita nie just pinjam daripada generasi akan datang je, anak-anak kita,cucu-cicit sumala..tapi yang sebenarnya idea bagi nama projek family nie daripada seorang individu yg sangat rapat dengan guwa..guwa nk ucapkanla jutaan terima kasih yang tak terhinggala kepada beliau yang banyak bantu guwa..
Balik kepada projek keli nie, keli guwa bela nie keli bunga. Guwa terbaca artikel kata keli bunga nie isi sedap tapi dah xbanyak..nak cari benih keli bunga pon payah.Senang cerita keli bunga nie tengah mengalami kepupusan..Ha sebelum guwa mula nak jual keli bunga nie kat orang ramai pon guwa da try sndri, adala wat kenduri sikit-sikit untuk family terdekat..rata2 suma cakap sedap,manis,bau xhanyir..pergh bila dengar camtu rasa “kepuasan” tue menusuk jiwa kot (ngehehehe)..terasa macam tanggungjawab untuk sesama Islam nie “on the right track”(wah, tros bleh ckp omputis!!)..ikan keli bunga nie guwa bagi makan 100% pellet..yang jadi  masalah lak sekarang pellet nie memang mahal, banyak penternakn keli kat daerah guwa nie gagal sebab xmampu jaga maintenance la (makanan,bil air), guwa bernasib baik sebab kawasan “rumahku syurgaku” guwa ada banyak punca air mata air yang mengalir..so daripada terbiar camtu saja guwa negotiate la nk beli, dapat tolong dorang gak.. kedepan-depan nanti guwa ada gak target ataupon bercadangla kalu ada mana-mana individu yang sudi ajar guwa buat pellet sendiri ke, buat benih sendiri ke guwa sangatla berbesar jiwa dan raga beserta pankreas, semoga Allah membalas jasa-jasa korang..Ada seorang ustaz pesan kat guwa, jangan takut buka pintu rezeki kat org lain kerana Allah itu Maha Kaya, akan dibukakan pulak pintu rezeki lain untuk kita..

Akhir kata, secara konklusinya, guwa da mula projek keli sebanyak 16 kolam kanvas, pellet 100% dan jangka awal untuk dipasarkan pada hujung bulan Januari 2011 sebagai projek permulaan..Bersama-sama kita majukan ekonomi diri, agama, bangsa dan Negara…oh lupa plak.. ptotnya guwa ucap ni kt awl2 td-->salam perkenalan..^_^